Tuesday, December 30, 2008

Ways 2 Increase Iman...

1. Pray in the last third of the night.
2. Go to Fajr and Isha in congregation.
3. Say Adhkaar in the morning and evening.
4. Remember Death often.
5. Contemplate over the creation of Allah and how vast and beatiful his creation is.
6. Gain some knowledge of the Deen daily.
7. Remember the purpose of life
8. Fast Voluntarily
9. Pray as if it is your last prayer
10. Read Quran
11. Give sadaqa
12. Do dhikr
13. Listen to Quran recitation
14. Read Seerah/Listen to lectures about it (esp by Shaykh Anwar al Awlaki)
15. Read about the sahabah/Listen to lectures about them
16. Say often, "Laa ilaha illa Allah".
17. When you have gained knowledege, inform others of it
18. Try to go to regular circles to have discussions about Islam
19. Smile for the sake of Allah
20. Reading Surah Khaf with deep thought and understanding, until it awakens u to the dajaalic system that we live in.
21. Alaways think about allah, thinking is a faridah in islam
22. Learn about science in light of Quran and Islam.
23. Call friends and tell them you love them for the sake of Allah.
24. Protect ourselves from Shaitan
25. Make sincere Dua 4 the Ummah
26. Try to help others as much as you can
27. Make reading Qur'an regular
28. Read certain surahs at specific times, i.e. Surah Mulk at night
29. Thank Allah(swt) witthin your heart everday till the day you die , then thank him yourself for everything ! Allah hu akbar
30. Make Dua' for your bother/sister
31. Love for your brother what you love for yourself
32. Discuss Islamic matters with believing brothers/sisters - share knowledge, educate each other
33. Choose obedience over disobedience
34. Uttering "Inna Lillahi wa inna Ileyhi raji'oon - To Allah we belong and to Allah we return" whenever you are afflicted with anything whether it be small or big.
Allah(SWT) says: "Be sure we shall test you with something of fear and hunger, some loss in goods, lives and the fruits (of your toil) but give glad tidings to those who patiently persevere. Those who, when misfortune strikes them, say: 'Indeed we belong to Allah and to Him is our return. Those are the ones upon whom are blessings and mercy from their Lord and it is those who are rightly guided." [Sûrah al-Baqarah: 155]
The Prophet (peace be upon him)said:"No fatigue, illness, anxiety, sorrow, harm or sadness afflicts any Muslim, even to the extent of a thorn pricking him, without Allah wiping out his sins by it." [Sahîh al-Bukhârî and Sahîh Muslim]
35. Look at how complex our bodies are (circulatory system, nervous system, etc), and realize that only Allah (SWT) could have made something like that.
36. Love for your brother what you love for yourself
37. Smile, make people happy.


The True meaning of Life is to Plant Trees under whose shade you do not Expect to Sit.

Monday, December 29, 2008

mak demam

Masuk hari ni dah 2 hari setengah mak muntah-muntah. Badannya panas. Tak bermaya. Kasihan mak. Pada usianya 50 tahun, dia masih sangat rajin. Padahal tidak ada apa lagi yang perlu dia lakukan memandangkan anaknya hanya saya seorang. Tetapi begitulah mak. Dia gemar menjahit. Dia gemar memasak. Semua orang memuji masakannya. Lebih-lebih lagi ayah. Mak bukan seperti orang lain dari segi taraf kesihatannya. Dia tampak sihat. Dia sentiasa ceria. Tetapi hanya Dia, saya dan ayah tahu how she suffers her illnesses. Yes, illnesses. Mak penghidap diabetes-mellitus sejak saya berusia 10 tahun lagi. Mak pernah di syaki mempunyai TB ekoran dari paru-paru nya yang dijangkiti kuman. Ini semua hanya dapat dikenal pasti setelah berubat secara tradidional pada awalnya. Mak disahkan terkena sihir santau. Itu ketika saya berusia 15 tahun. Hasil dari penyakit TB nya itu, mak terpaksa menelan pills sebanyak lebih dari 60 biji. Setiap hari. Selama setahun. Dia sangat tabah menghadapi ujian kesakitan yang dialaminya. Kerana katanya, “Allah nak ampunkan dosa.”

Mak telah berusaha dengan pelbagai cara untuk mendapatkan anak. Laparoscopy. Tradisional, dan bermacam nama saintifik yang tidak tahu untuk saya sebutkan di sini. Tetapi Allah mentakdirkan mungkin hanya saya yang menjadi permata hatinya. Permata hati dia dan suaminya.
Mak hanya mempunyai satu sahaja buah pinggang sejak dari lahir. Oleh kerana itu, di usia sebegini beliau tidak mampu lagi untuk melakukan kerja-kerja yang berat walaupun hatinya sentiasa rasa seperti dia boleh melakukan pelbagai kerja sendirian.

Malam tadi, ayah tidur sambil memeluk mak. Saya hanya memandang dengan senyuman. Terasa ingin menitis si air mata. Apakah yang pernah saya sumbangkan untuk mak dan ayah? Kejayaan? Belum pernah. Ada dahulu, ketika di darjah satu. Darjah satu, periksa pun nombor satu. Darjah dua, periksa nombor dua. Semakin naik darjah, semakin banyak nombor. Duit? Saya sendiri masih ditanggung oleh mereka. Mana mungkin saya sumbangkan duit kepada mereka. Doa? Ya, mungkin hanya sekelumit doa yang mampu saya beri pada waktu ini. Sekalung doa agar mereka berdua, insan kesayangan saya ini di berkati oleh-Nya. Bila lagi akan dapat saya balas jasa mereka berdua ini. Saya sendiri tidak pasti. Hanya Dia sahaja yang tahu. Hanya saya, cuba berusaha MEMBERI yang terbaik buat mereka.

Subuh tadi, dalam keadaan lemah, mak menyertai saya dan ayah untuk solat berjemaah. Mak hanya bersolat dalam keadaan duduk. Itupun sudah memadai dari terus meninggalkannya. Selesai sahaja solat, mak terus baring.
Kami teruskan berdoa dan membaca *ma’thurat. Selesai ayah membacakan doa, ayah merapati mak. Dan ayah peluk mak. Sekali lagi saya sebak. Saya tidak tahu mengapa. Tetapi ini perasaan saya. Mak sangat suka bertanya pada ayah, “abang, awak sayang ati tak?” ayah hanya akan senyum dan dengan selamba menjawab, “tak!” spontan mak akan merajuk dan tarik muka. “awak memang tak sayang ati. ” saat itu, ayah dan saya akan tergelak melihat gelagat mak. Tetapi itu di waktu mak sihat. Apabila mak sakit, ayah akan jadi seperti ini. Pernah dulu, air mata nya menitis di atas pipi mak sewaktu mak terkena santau.

Saya tahu, terlalu banyak kesusahan yang di alami mereka berdua ini. Seperti orang lain juga. Mungkin juga tidak seperti orang lain. Ayah berkahwin pada usia semuda 22 tahun. Terus berhijrah dari kampong ke Kuala Lumpur mencuba nasib. Dengan berbekalkan gaji sebanyak RM7.50 sehari itulah, ayah menyara mak. Hari ini, semua itu telah menjadi sejarah hidup mereka. 23 Zulhijjah yang lalu merupakan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-30. Hari ini, Alhamdulillah mereka masih di depan mata saya. Menyayangi saya sepenuh hati mereka. Memberi yang terbaik mengikut kemampuan mereka. Mendoakan kebaikan untuk saya. Terima kasih Allah! Kerana daku dikurniakan seorang mak dan ayah yang sangat memahami seperti mereka.


*ma’thurat : himpunan wirid yang ma’thur susunan al-Banna.



Love is not only the words, but action~
Semurni impian seindah harapan

Irhamna Ya Allah..

Irhamna Ya Allah..
“…kita datang berbekalkan amanah, Fitrahnya tanpa sedikit noda.. Usah mengharap kembali menjadi kain putih, Tetapi sekurang-kurangnya berusahalah untuk kembali sebagai batik yang indah..”