Thursday, October 29, 2009

new home

...currently managing new blog, it's anr's blog. please do click here to visit our new brand blog. the other one is mainly about or product [anr's chocolate]. however, the second one is still under construction. you guys are most welcomed. all your comments and supports are highly appreciated. oh to let you know, i am not being a political author or writing heavy issues but it is just a blog. a blog with a sharing experience to go through our life. salam warahmatullah and syukran for the very supportive comment and thought.


anr-rahmat.blogspot.com

Friday, May 1, 2009

ustazah?

8 February 2009

“kak, macamane ni? Uteh telefon ayah akak tak dapat. Opah dah tak mau bangun.” Dalam nada sebak, ibu saudaraku menelefonku yang ketika itu masih di Darul Quran. Kebetulan waktu itu aku masih belum lagi melelapkan mata. Renyang.
“tak pe, uteh istighfar je banyak-banyak. Nanti akak call ayah!” dalam kaget aku cuba bertindak siuman. Lantas ku dail no talian bimbit kepunyaan ayah. Sekali, dua kali, tiga kali. Tidak bersahut. Waktu itu jam menunjukkan angka 4.30 pagi. Aku terus mencuba berkali-kali. Sehingga jam 5 pagi, jari-jemariku terasa kebas. Hati mula merisaukan sesuatu. “Ya Allah, jauhkanlah prasangka-prasangka buruk yang bermain difikiranku kala ini. Selamatkan lah mereka.” aku bermonolog sendirian. Malam itu, mak dan ayah pulang dari Bagan Datok, Perak ke Meru, Klang untuk menyelesaikan sedikit urusan sebelum merancang untuk pulang semula ke Bagan Datok.

Lantas, pada jam 5.30 pagi aku memberanikan diri mendail ke no telefon jiran ku. “Assalamualaikum, cik din. Mintak maaf ye. Izat telefon ayah tak dapat. Boleh tak cik din tolong tengok kan mak dengan ayah dah balik ke belum?” aku cuba bersopan. Mengganggu orang lain dengan panggilan pada waktu seawal pagi itu bukan lah satu perkara biasa bagi sesiapapun andai tiada kecemasan. “entah. Tak ada pun lagi. Belum balik!” Allahu Akbar. Aku terkasima. Aku mendail semula ke no talian bimbit uteh, mak saudaraku untuk bertanyakan perihal opah di hospital. “dah tak ade dah. Opah dah tak ade. Uteh tak tau nak buat ape ni?” menangis. Dari jauh ku dengar tangisan nya.

Dalam kebuntuan, aku bingkas dari katil menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu’. Mudah-mudahan sakit di kepala ini dapat ku kurangkan. Selesai itu, aku sekali lagi cuba mendail ke no ayah. Gagal lagi. Sekali lagi ku dail ke rumah jiran, dan kali ini berharap agar isteri tuan rumah yang menjawab nya. Tika itu, jam menunjukkan angka 6 pagi. “cik lia, akak telefon ayah dia tak angkat. Ayah dah balik ke belum?” aku memulakan ‘salam’ ku dalam keadaan kelam-kabut setelah ku tahu yang mengangkat nya itu adalah suara seorang perempuan. Isteri tuan rumah. “dah balik dah. Kenapa?” “opah dah meninggal.” Hanya itu yang terlintas. Harapan semoga mesej itu segera sampai. “Ya Allah, Innalillah. Habis kakak kat mane ni? Yelah, yelah nanti cik lia bagitau ayah. Assalamualaikum.” Tap!

‘ibu, bergenang air mataku.. Terbayang wajahmu yang redup sayu.. Tulus nya kasih yang……’ “hello?”
“assalamualaikum. Zat. Pukul berapa opah meninggal?” tanpa sempat ku berkata, telah dahulu ayah bertanya. “4.30. ayah pergi mane akak call banyak kali tak angkat-angkat?” aku mengeluh, sedikit geram. “ayah penat. Malam tadi sampai rumah dah pukul satu lebih. Handphone ayah tertinggal dalam kereta. Dah lah, siap-siap. Nanti ayah ambil.” Sayu suara seorang ayah. Kasihan dia, aku menghukum bya tanpa usul periksa.

Sesampai sahaja di tempat pengajianku, kami bergegas pulang ke Bagan Datok. Mak membacakan yasin untuk arwah ibunya sepanjang perjalanan di dalam kereta. Tiada setitis pun air mata yang tumpah. Dia cukup tabah. Aku dan ayah juga tidak banyak berbicara sepanjang perjalanan. Kami tiba agak lewat di Bagan Datok. Jam 11.30, arwah opah sedang dimandikan. Hanya satu sahaja yang tinggal, which the part I love most. Ambil wudhu’. Sedang aku mengambilkan wudhu’ untuk arwah opah, sekilas ku terlihat dia seakan-akan ‘tersenyum’ memandangku. Air mata yang diempang akhirnya gugur jua. Dalam esak tangis ku, aku wudhu’ kan dia dan berdoa moga-moga wudhu’ nya yang terakhir ini diterima oleh Allah.
Insan ini, yang telah melahirkan ibuku. Insan ini, yang telah memberikan nama untuk ku.
Insan inilah yang pernah menjaga ku ketika aku masih bayi.. insan ini…



Pada satu ketika.

“kenapa opah bagi nama akak rohaizat? Macam nama lelaki la…..” pada satu ketika aku pernah merungut-rungut pada opah.
“dulu, masa kat kampong tu ada dua orang ustazah. Cantiiiik beno mukenye. Ajo mengaji. Itu yang aku bagikan name anak hayati tu rohaizat. Ustazah tu name nye nor hayati. Sorang lagi rohaizat.”
Iya, nama ibuku Nor Hayati. Dan aku, Rohaizat.



Hari ini.

“ustazah, ustazah! Kalau suami tu tak ada rumah, kita nak balik rumah siapa?” soal salah seorang daripada anak muridku. “macam ni, itu bergantung kepada budi bicara suami kita. Seandainya dia setuju untuk terus tinggal di rumah ibu kita, so tak ada masalah. Kita boleh tinggal menumpang sementara di rumah ibu kita. Perkara ini perlukan kepada musyawarah sesama suami dan isteri.” Terangku panjang lebar. Mereka mengangguk isyarat memahami mesej yang ingin kusampaikan.

“Krriiinnggggg”
Hah, dah habis masa! Getus hatiku. “terima kasih ya ustazah….”
Aku memandang mereka dengan senyuman.

Bergelar seorang ustazah bukanlah sesuatu yang membanggakan bagiku. Walau ianya hanya seketika, tetapi tanggungjawab itu akan disoal di Akhirat kelak. Apa yang aku beri untuk anak-anak didikku? Saban waktu aku bersyukur ditempatkan di sekolah agama. Lahir dalam keluarga yang emak dan ayah ku menitik beratkan hal-hal keagamaan. Pernah satu ketika ayahku di gelar ‘gila’ oleh salah seorang pakcik ku. Punca nya hanya satu. Ayah mengenakan aku dengan jilbab sejak aku berusia 4 tahun. Paling tidak pun, aku akan dipakaikan dengan scarf. (baca: serkop/anak tudung) melihat reality anak-anak didik ku hari ini, seringkali menjadikan aku manusia yang bersyukur dengan nikmat yang Allah limpahkan padaku. Teringin sekali aku bergelar seorang pendidik, bukan semata-mata pengajar. Tetapi ia nya bukan semudah beretorika dengan sebuah perkataan. Ianya bukan semudah a, b, c.
Percaturannya perasaan. Keikhlasan. Ketabahan. Dan pastinya pengorbanan.

Tempoh dua minggu di salah sebuah sekolah menengah kebangsaan di daerah klang, berhadapan dengan pelajar-pelajar dewasa tingkatan 4 dan 5, berbangsa selain melayu, sudah cukup untuk aku belajar ‘adapt’ dengan suasana baru dalam hidupku. Pernah seorang murid bertanya, “ustazah, kenapa ustazah mintak sekolah ni? Sekolah ni black list, ustazah tahu tak? Selalu polis datang!”
Dan tidak kurang juga rakan guru-guru yang bertanya, “tak tension ke dengan budak-budak? Budak-budak ok?” Alhamdulillah, setakat ini, aku cukup enjoy dengan mereka-mereka ini. Setiap hari aku seronok bertemu mereka. Aku seronok memulakan setiap kelas dengan meminta mereka membacakan ayat-ayat al-Quran. Aku bahagia menanda buku-buku nota mereka yang kupinta untuk disemak ayat-ayat al-Quran yang sepatah dua itu. Mereka bukan pelajar-pelajar Darul Quran. Ya, mereka itu sedikit nakal. Tetapi bagiku, nakal mereka itu lebih baik dari nakal nya pelajar pelajar agama. Kerana input agama yang mereka terima jauh sekali dengan apa yang diterima oleh pelajar-pelajar agama. Mereka ikhlas. Aku semakin yakin, dakwah itu bukan hanya bil lisan. Tetapi juga bil hal. Sangat penting bil hal. Sangat penting membina kekuatan ukhwah sebelum menerobos jauh bercerita tentang falsafah dakwah dan sebagainya. Sepertimana anak kecil yang lebih terkesan dengan tingkahlaku dan perbuatan ibu bapa mereka berbanding dengan perkataan yang berbentuk arahan mahupun suruhan.
Hari ini, aku terkenangkan opah. Setiap kali ada anak didik yang berebut-rebut untuk bersalaman denganku dan memanggil-manggil ku dengan panggilan ‘ustazah’, maka spontan itu akan ku sedekahkan fatihah untuk opah dan atok ‘disana’…
Putih akan ke sana juga satu hari nanti, insya-Allah…

selamat hari lahir ayah!

Hari ni labour day.
Hari ni semua orang yang kerja akan cuti.
Kalau tak cuti, bos kena bagi lebih gaji.
Kalau tak bagi lebih gaji, orang yang nak datang kerja belum pasti.

Hari ni hari jadi ayahanda ku yang terrrrrsayang.
Em, sejak pagi lagi ayah dah ajak sarapan roti canai kat luar. Aku yang baru nak ‘merasa’ bangun lewat ni, terkial-kial lah bangun sebab nak penuhi hajat mereka yang berdua tu. Makan sama-sama!
Aduh!! Mata ni memang liat. Subuh dah bangun, tidur balik. Rezeki pun mahal ayah kata.
Tapi dek kerana nak jaga masa kualiti bersama keluarga, gagahkan juga lah diri ni untuk bangun.
Dalam kereta, ayah dengan mak bersembang bercerita as usual. Aku? As usual, suke tukar-tukar topic cerita yang tak de kena mengena dengan cerita mereka berdua ni. Huhu.
Orang tengah cerita pasal kewangan keluarga, tiba-tiba je aku pandai-pandai pergi switch ke pasal buku ustaz hasrizal yang baru. Pasal kawin! Haha. Out-of-topic betul!

Last week aku dengan ayah berkesempatan untuk pergi ke KL Bookfair di PWTC. Itupun last day, on the 26th April. Alhamdulillah, dapat juga lah pergi walaupun seminggu sebelum tu ada perang saraf sikit dengan ayah. Ceritanya gini, kan ke 19th April tu, Tok Guru Nik Aziz akan launching novel baru zaujah dia. Kononnya aku nak sertai lah sekali. Tapi nak buat macamana, tak ada rezeki hari tu. Ayah kata, “tak ada duit!” aku memang percaya ayah tak ada duit. Payment kerja ayah sangkut je dah RM15k. Yang kecik-kecik, runcit-runcit rm1k,2k,3k tu kalau campur-campur dekat rm10k ada jugak. Orang nak kenduri lagi, anak nak pergi bookfair pulak lagi. Kan ke aku ni menambah pening di kepala ayah je.. huhu, terima la nasib tak bertegur dengan ayah selama 3 hari. Sakit betul. Orang lain punya hal tak reti-reti nak bayar payment, aku jugak yang jadik mangsa keadaan. Macam tu lah fikir aku waktu tu.
Dan aku pun, ‘hilang selera’ lah dengan bookfair. Mengadu dengan suami, (eh suami? heheh) he just kata, “tak apa lah sayang, nanti kalau ada rezeki kita belajar kat Negara arab, sana buku lagi murah-murah, kan! Nanti sayang beli lah buku banyak mane pun..” haha. Part ni memang best. Sebab kena pujuk. So, aku pun lupakan je la hasrat murni nak gi bookfair tu. Dan aku pun tak marah-marah ayah lagi dah dalam hati. dan aku jugak, cuba faham keadaan kewangan keluarga waktu ni, tak sepatutnya aku menekan ayah dengan permintaan yang tak logic dan munasabah. Memang tak logic la, sebab nak kenduri kawin kan.. banyak nak pakai duit. huhu..

Tapi itulah ayah. Didikan ayah dan emak, tak pernah beza sejak dari aku kecil lagi, sampai lah aku dah di akad nikah kan.. (dah besar sikit) apa yang aku mintak, bukan semua terus dapat. Rasa-rasa aku, memang tak ada pun? Melainkan, mintak, nangis-nangis dulu sebab tak dapat, lupa dengan apa yang dimintak, kemudian sabar dan ‘reti diri’, kemudian berhasil dengan aku dapat jugak benda tu walaupun lambat, walau dah basi dengan trend semasa, walau aku dah kata tak dapat pun tak apa. haha.. inilah contoh nya. Anak tunggal, tapi tak di didik dengan kemewahan. Bukan apa yang dimintak, boleh dapat senang-senang je.. The second Sunday, ayah ajak gi bookfair. Apa lagi, memang meriah la dalam hati aku ni. Berbunga-bunga, macam dapat bunga dari pakwe. Dalam takde duit tu dekat 5ratus jugak la abis untuk beli buku. Macam-macam jenis. Aku kire-kire, kalau tak de discount, dekat 8ratus gak harga semua buku tu. Ayah pun is ekceli seorang yang gemarkan buku. Mak juga. Buku-buku yang ada dekat rumah tu ada sebahagiannya aku belum lahir pun lagi, ayah dah beli. Bila aku Tanya, “buat apa ayah beli buku-buku ni?” jawab dia, “ayah beli, nanti bila ayah ada anak, dia boleh la baca.”
Cita-cita dia yang ini, memang tercapai. Aku satu-satunya anak dia, yang memang aku lah yang selalunya menyelak-nyelak buku-buku lama yang dah kuning-kuning tu. Aku pelik bukan sebab apa. Ayah, tak sekolah tinggi. Sekolah pun, bukan sekolah agama. Ayah dulu sekolah aliran inggeris. Tapi beli buku, buku-buku arab. Memang la aku pelik! Takkan korang tak pelik?

Satu lagi, dari dulu ayah suka cakap, oleh kerana aku ni satu-satu nya anak tunggal dia, dah la perempuan pulak, nak laaa dia menantu dia al-Hafiz. Yang hafaz quran. “nanti kalau ayah meninggal, menantu ayah la yang imamkan solat jenazah ayah!” Allah…..
Allah itu Maha Besar. Alhamdulillah menantu ayah memang seorang al-Hafiz. Mak dan ayah telah mendapat seorang ‘anak lelaki’ anugerah Allah.
Mak juga begitu, meletakkan syarat supaya menantunya yang dinaik taraf sebagai anak lelaki nya itu mestilah boleh mengimamkan solat jenazah untuk nya. Bukan harta, bukan rupa, tetapi agama.
Kalau Siti Nur Haliza boleh berbangga mengahwini Dato’ K, kalau Ikin boleh berbangga mengahwini Mawi, salah kah andai mak dan ayah berbangga bermenantukan orang agama? Mak dah ayahku bukanlah golongan professional, bukanlah wanita bekerjaya, bukanlah pendokong-pendokong Islam seperti mak ayah orang lain.. tetapi mereka berdua ini cukup-cukup istimewa untuk aku. Hangatnya kasih sayang mereka sentiasa membuatkan aku tak sabar nak balik ke rumah bila aku di asrama mahupun di tempat-tempat lain. Mereka telah Berjaya menambat hati aku untuk mengiyakan kata-kata, ‘baiti jannati’. Walaupun aku selalu kena marah sebab suka jerit panggil mak banyak kali, tapi aku suke! Walaupun ayah selalu bising kate aku ni makaaan je tak tau nak jimat-jimat, pun aku suke! Sebab, diorang sentiasa menghargai aku yang diamanahkan pada diorang ni… aku? Insya-Allah, sedang cuba berusaha ke arah itu. Ke arah membahagiakan mereka.

Sempena hari kelahiran ayah yang ke-53 ini, akak doakan semoga ayah sentiasa dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Dan selalu bahagia disamping mak hingga ke syurga insya-Allah.
Barakallahu lakum!!!!

Selamat hari lahir ayah..
Coming up next month, birthday mak. (June, 10)

Wednesday, January 7, 2009

Antara Sabar dan Mengeluh

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,: " Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Cermin diri

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap
sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan
mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah
ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah
tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur, nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan
tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan
kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa
kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin. Berzakatlah.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat
melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka
bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak
senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap
meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan. Rendah diri.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan
sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat
disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia
normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba
itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu,
khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita,
apatah lagi untuk dibanggakan. Ingat kematian.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya
tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula. Solatlah.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan
menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas
membuat kebaikan. Cermin Diri Kita.

Thursday, January 1, 2009

January dan Muharram

Moga masih belum terlewat untuk saya ucapkan Salam Ma'al Hijrah buat semua teman-teman yang sudi berkunjung ke halaman ini. bersempena tahun baru Hijri dan Masihi ini, sama-sama lah kita menghitung apakah yang telah kita lakukan sepanjang tempoh setahun yang berlalu. andainya penuh dengan kemaksiatan, maka segera lah bertaubat. andai pula penuh dengan kebaikan, maka segera lah mengucap hamdalah seraya beristighfar. mudah-mudahan kebaikan itu di iringi dengan keikhlasan dan sifat kehambaan pada-Nya.

apa pun jua, di mana jua anda berada, letakkan kesyukuranmu di tempat pertama. walau tidak terlihat dek mata manusia, moga terlihat oleh Dia akan kesungguhanmu.

moga tahun baru ini memberi semangat baru buatku, dalam misi mengecapi redha Illahi.
Syukur padaMu Tuhan.

wassalam.
semurni impian seindah harapan.

buatmu Mukminah..

Wahai manusia yang paling bahagia
Kerana agama dan etika, meskipun tanpa permata,
Kalung, dan emas yang menghiasinya
Melainkan berkat tasbih yang selalu dibacanya
Bagaikan berita gembira, bagaikan hujan,
Bagaikan fajar, bagaikan sinar, dan bagaikan awan
Dalam sujud, dalam doa,
Dalam sikap merasa dalam pengawasan Allah,
Dalam pemikiran yang bersumberkan dari cahaya Lauh
Dan kitab-kitab yang juga dipesankan
Oleh cahaya wahyu yang diturunkan di gua
Yang darinya Rasul Tuhanmu
Dapat menguasai bangsa Romania dan bangsa Arab
Engkau adalah manusia yang paling bahagia di dunia
Berkat keyakinan yang ada
Dalam kalbumu yang suci
Lagi penuh dengan ketaatan



Jangan bersedih; Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

Irhamna Ya Allah..

Irhamna Ya Allah..
“…kita datang berbekalkan amanah, Fitrahnya tanpa sedikit noda.. Usah mengharap kembali menjadi kain putih, Tetapi sekurang-kurangnya berusahalah untuk kembali sebagai batik yang indah..”