Friday, May 1, 2009

ustazah?

8 February 2009

“kak, macamane ni? Uteh telefon ayah akak tak dapat. Opah dah tak mau bangun.” Dalam nada sebak, ibu saudaraku menelefonku yang ketika itu masih di Darul Quran. Kebetulan waktu itu aku masih belum lagi melelapkan mata. Renyang.
“tak pe, uteh istighfar je banyak-banyak. Nanti akak call ayah!” dalam kaget aku cuba bertindak siuman. Lantas ku dail no talian bimbit kepunyaan ayah. Sekali, dua kali, tiga kali. Tidak bersahut. Waktu itu jam menunjukkan angka 4.30 pagi. Aku terus mencuba berkali-kali. Sehingga jam 5 pagi, jari-jemariku terasa kebas. Hati mula merisaukan sesuatu. “Ya Allah, jauhkanlah prasangka-prasangka buruk yang bermain difikiranku kala ini. Selamatkan lah mereka.” aku bermonolog sendirian. Malam itu, mak dan ayah pulang dari Bagan Datok, Perak ke Meru, Klang untuk menyelesaikan sedikit urusan sebelum merancang untuk pulang semula ke Bagan Datok.

Lantas, pada jam 5.30 pagi aku memberanikan diri mendail ke no telefon jiran ku. “Assalamualaikum, cik din. Mintak maaf ye. Izat telefon ayah tak dapat. Boleh tak cik din tolong tengok kan mak dengan ayah dah balik ke belum?” aku cuba bersopan. Mengganggu orang lain dengan panggilan pada waktu seawal pagi itu bukan lah satu perkara biasa bagi sesiapapun andai tiada kecemasan. “entah. Tak ada pun lagi. Belum balik!” Allahu Akbar. Aku terkasima. Aku mendail semula ke no talian bimbit uteh, mak saudaraku untuk bertanyakan perihal opah di hospital. “dah tak ade dah. Opah dah tak ade. Uteh tak tau nak buat ape ni?” menangis. Dari jauh ku dengar tangisan nya.

Dalam kebuntuan, aku bingkas dari katil menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu’. Mudah-mudahan sakit di kepala ini dapat ku kurangkan. Selesai itu, aku sekali lagi cuba mendail ke no ayah. Gagal lagi. Sekali lagi ku dail ke rumah jiran, dan kali ini berharap agar isteri tuan rumah yang menjawab nya. Tika itu, jam menunjukkan angka 6 pagi. “cik lia, akak telefon ayah dia tak angkat. Ayah dah balik ke belum?” aku memulakan ‘salam’ ku dalam keadaan kelam-kabut setelah ku tahu yang mengangkat nya itu adalah suara seorang perempuan. Isteri tuan rumah. “dah balik dah. Kenapa?” “opah dah meninggal.” Hanya itu yang terlintas. Harapan semoga mesej itu segera sampai. “Ya Allah, Innalillah. Habis kakak kat mane ni? Yelah, yelah nanti cik lia bagitau ayah. Assalamualaikum.” Tap!

‘ibu, bergenang air mataku.. Terbayang wajahmu yang redup sayu.. Tulus nya kasih yang……’ “hello?”
“assalamualaikum. Zat. Pukul berapa opah meninggal?” tanpa sempat ku berkata, telah dahulu ayah bertanya. “4.30. ayah pergi mane akak call banyak kali tak angkat-angkat?” aku mengeluh, sedikit geram. “ayah penat. Malam tadi sampai rumah dah pukul satu lebih. Handphone ayah tertinggal dalam kereta. Dah lah, siap-siap. Nanti ayah ambil.” Sayu suara seorang ayah. Kasihan dia, aku menghukum bya tanpa usul periksa.

Sesampai sahaja di tempat pengajianku, kami bergegas pulang ke Bagan Datok. Mak membacakan yasin untuk arwah ibunya sepanjang perjalanan di dalam kereta. Tiada setitis pun air mata yang tumpah. Dia cukup tabah. Aku dan ayah juga tidak banyak berbicara sepanjang perjalanan. Kami tiba agak lewat di Bagan Datok. Jam 11.30, arwah opah sedang dimandikan. Hanya satu sahaja yang tinggal, which the part I love most. Ambil wudhu’. Sedang aku mengambilkan wudhu’ untuk arwah opah, sekilas ku terlihat dia seakan-akan ‘tersenyum’ memandangku. Air mata yang diempang akhirnya gugur jua. Dalam esak tangis ku, aku wudhu’ kan dia dan berdoa moga-moga wudhu’ nya yang terakhir ini diterima oleh Allah.
Insan ini, yang telah melahirkan ibuku. Insan ini, yang telah memberikan nama untuk ku.
Insan inilah yang pernah menjaga ku ketika aku masih bayi.. insan ini…



Pada satu ketika.

“kenapa opah bagi nama akak rohaizat? Macam nama lelaki la…..” pada satu ketika aku pernah merungut-rungut pada opah.
“dulu, masa kat kampong tu ada dua orang ustazah. Cantiiiik beno mukenye. Ajo mengaji. Itu yang aku bagikan name anak hayati tu rohaizat. Ustazah tu name nye nor hayati. Sorang lagi rohaizat.”
Iya, nama ibuku Nor Hayati. Dan aku, Rohaizat.



Hari ini.

“ustazah, ustazah! Kalau suami tu tak ada rumah, kita nak balik rumah siapa?” soal salah seorang daripada anak muridku. “macam ni, itu bergantung kepada budi bicara suami kita. Seandainya dia setuju untuk terus tinggal di rumah ibu kita, so tak ada masalah. Kita boleh tinggal menumpang sementara di rumah ibu kita. Perkara ini perlukan kepada musyawarah sesama suami dan isteri.” Terangku panjang lebar. Mereka mengangguk isyarat memahami mesej yang ingin kusampaikan.

“Krriiinnggggg”
Hah, dah habis masa! Getus hatiku. “terima kasih ya ustazah….”
Aku memandang mereka dengan senyuman.

Bergelar seorang ustazah bukanlah sesuatu yang membanggakan bagiku. Walau ianya hanya seketika, tetapi tanggungjawab itu akan disoal di Akhirat kelak. Apa yang aku beri untuk anak-anak didikku? Saban waktu aku bersyukur ditempatkan di sekolah agama. Lahir dalam keluarga yang emak dan ayah ku menitik beratkan hal-hal keagamaan. Pernah satu ketika ayahku di gelar ‘gila’ oleh salah seorang pakcik ku. Punca nya hanya satu. Ayah mengenakan aku dengan jilbab sejak aku berusia 4 tahun. Paling tidak pun, aku akan dipakaikan dengan scarf. (baca: serkop/anak tudung) melihat reality anak-anak didik ku hari ini, seringkali menjadikan aku manusia yang bersyukur dengan nikmat yang Allah limpahkan padaku. Teringin sekali aku bergelar seorang pendidik, bukan semata-mata pengajar. Tetapi ia nya bukan semudah beretorika dengan sebuah perkataan. Ianya bukan semudah a, b, c.
Percaturannya perasaan. Keikhlasan. Ketabahan. Dan pastinya pengorbanan.

Tempoh dua minggu di salah sebuah sekolah menengah kebangsaan di daerah klang, berhadapan dengan pelajar-pelajar dewasa tingkatan 4 dan 5, berbangsa selain melayu, sudah cukup untuk aku belajar ‘adapt’ dengan suasana baru dalam hidupku. Pernah seorang murid bertanya, “ustazah, kenapa ustazah mintak sekolah ni? Sekolah ni black list, ustazah tahu tak? Selalu polis datang!”
Dan tidak kurang juga rakan guru-guru yang bertanya, “tak tension ke dengan budak-budak? Budak-budak ok?” Alhamdulillah, setakat ini, aku cukup enjoy dengan mereka-mereka ini. Setiap hari aku seronok bertemu mereka. Aku seronok memulakan setiap kelas dengan meminta mereka membacakan ayat-ayat al-Quran. Aku bahagia menanda buku-buku nota mereka yang kupinta untuk disemak ayat-ayat al-Quran yang sepatah dua itu. Mereka bukan pelajar-pelajar Darul Quran. Ya, mereka itu sedikit nakal. Tetapi bagiku, nakal mereka itu lebih baik dari nakal nya pelajar pelajar agama. Kerana input agama yang mereka terima jauh sekali dengan apa yang diterima oleh pelajar-pelajar agama. Mereka ikhlas. Aku semakin yakin, dakwah itu bukan hanya bil lisan. Tetapi juga bil hal. Sangat penting bil hal. Sangat penting membina kekuatan ukhwah sebelum menerobos jauh bercerita tentang falsafah dakwah dan sebagainya. Sepertimana anak kecil yang lebih terkesan dengan tingkahlaku dan perbuatan ibu bapa mereka berbanding dengan perkataan yang berbentuk arahan mahupun suruhan.
Hari ini, aku terkenangkan opah. Setiap kali ada anak didik yang berebut-rebut untuk bersalaman denganku dan memanggil-manggil ku dengan panggilan ‘ustazah’, maka spontan itu akan ku sedekahkan fatihah untuk opah dan atok ‘disana’…
Putih akan ke sana juga satu hari nanti, insya-Allah…

5 comments:

  1. salam ziarah n juang ustzh..
    mmg sungguh lama menyepi..
    'ala kulli hal..
    semua mendoakan yg terbaik utk ustzh dan suami..
    smg terus thabat di jalan Nya..
    amin..

    ReplyDelete
  2. salam ziarah kak ijat.. ingat saya lg x? huhu. rindu akak :)

    ReplyDelete
  3. tersangat3 merindui nt.. dan sgt sedih selisih kat majlis kak dayah hari tu...... insyaAllah berjumpa di majlis nt nanti :) dan jgn lupa ingtkn ana utk byr duit nt k :)

    ReplyDelete
  4. salam.innalillah.mg nt dipermudahkan urusan.salam kelahiran tuk ayah nti jg.begitula pemudi islam.berbakti walau ape keadaan .syabas.keep it up.
    ukhtiki fillah,
    fatimah mujahid

    ReplyDelete

Irhamna Ya Allah..

Irhamna Ya Allah..
“…kita datang berbekalkan amanah, Fitrahnya tanpa sedikit noda.. Usah mengharap kembali menjadi kain putih, Tetapi sekurang-kurangnya berusahalah untuk kembali sebagai batik yang indah..”